Thursday, June 25, 2009

MOGA KAU MENGERTI..


Setelah 3 ari aku mmbca novel ‘Moga Kau Mengerti’ karya Lily Haslina nasir terbitan Alaf 21 tamat segala pertanyaan aku kpd watak utamnya Adeena akan untung dan malang nasibnya..

Permulaan cerita novel ini mengigat kn aku pd dia..membuat aku bertmbah rindu pd dia..serindu-rindunya..

Tp setelah ‘Adeena’ bertemu kamali ngan org yg dia kasihi setelah 10thn mghilang hingga beliau n ‘Kamali’ dijab Kabul sgala impian yg indh ‘Adeena’ utk hidup bahagia d smping org yg disyngi musnah kerana kekejama Kamali terhadap Adeena begitu membuat kan aku takut utk terus merindui dia..membuat aku melupakan angan2 ku utk idup ngn dia walaupun pd hakikatnya aku teramat merindui bahkan menyangi si dia..

Setiap doaku memohn agr dia sentiasa sihat n sentiasa menemui kebhagiaan yg dicarinya..walau aku pergi jauh sekalipun dirimu sentiasa dalm ingatanku..xpernah sekalipun aku melupakan dirimu..ingin sekali aku menemui diri mu sblm aku pergi namun apakan daya..

Sesudh aku menghabiskan novel ini,aku tahu sebesar apa pun syg ku pd mu andai ALLAH tidak berkehendak utk ia terjd ia tdk akan trjd jua..aku akn terus tabah menghadapi segala masalah yg aku hadapi n cuba utk menyelesaikan dengan sebaik2nya..

Satu pitaku buat mu,kuatkan hatimu&tabahkan hatimu utk menghadipi sgle masalh yg dihadapi sesungguhnya masalah yg menimpa kita akan membuatkan kita tabah dan menjd pengajaran buat kita dan ini adalh ujian buat kita dr ALLAH..Setiap masalah yg dtg akan membuatkan kita bertambah matang utk menghadapi liku2 kehidupan kita..Kehidupan xkn ade cabaran sekiranya kita menghadapi benda yg sama setiap hari...xseronok lau bawa kereta lalui jln lurus kerna tiada cabaran tp bile lalui jln berliku ia akn jd mencabar..Renung2 Kan...


~siti jamilah binti zulkurnain~



SINOPSIS
Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.
Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.
Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.
Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?

No comments: