Tuesday, July 7, 2009

TERNYATA CINTA


Selama sehari semalam aku cuba utk menghabiskan membca novel ‘Ternyata Cinta” karya Damya Hanna. Sebuah novel yg menarik dan mengupas isu2 kekeluargaan, kasih sayang dan isu2 semasa utk tatapan dan menambahkan ilmu pembaca. Walaupun watak utamanya Qasdina mempunyai pelbagai masalah dan dugaan tetapi dia merupakan seorang gadis yg cekal dan tebah dalam menghadapi semua masalah tu. Pertemuan pertama antara Qasdina dan Iqram yg tidak di sengajakan dan masalah yang dihadapi oleh Zariel dan Junita sepasang adik berdik angkat menjadikan novel ini lebih menarik perhatian utk di baca.. namun apa yg ingin saya katakn bahawa setiap yg kita sayang tak semestinya perlu dimiliki.. kadang kala ia memerlukan pengorbanan utk melihat org2 yg kita sayang bahagia.. dan itu yg sedang sy lakukan dlm idup sy.. kadang2 bila sy baca novel seprti ini ia mmberi sy ilham dan kekekuatan utk sy tidak berputus asa dan merialisasikan impian dan cita2 sy.. kita perlu berangan dan berkhayal seperti Qasdina namun kita perlu juga berusaha utk merialisasikan apa yg kita angankan.. Antara cita2 dan cinta kita perlu mbuat pilihan juga namun ketentuan ILAHI mampu mengubah segalanya...


SINOPSIS

PENGALAMAN mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!

ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.

IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.

Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.

No comments: