Sunday, April 19, 2009

Cinta Sejati Langit & Laut

Satu ketika dulu, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawap hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari datang awan……
Sebaik melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh cinta pada pandang pertama terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan cintanya yang menggunung tinggi terhapa langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran…
Ha.. itu kisah cinta dan laut, cinta kamu pula bagimana? Kamu boleh menjadikan kisah ketulusan cinta langit & laut sebagai panduan untuk kamu melayari alam percintaan dengan si dia tersayang. Jangan pula menjadi seperti awan yang ingin membina kebahagiaan di atas penderitaan insan lain, masih ada banyak lagi cinta di luar sana yang mana mungkin satu darinya tersurat untuk kamu…