Friday, May 29, 2009
KENAPA LELAKI SUKAR KATAKAN CINTA
Meskipun telah lama kamu menjalinkan cinta, harus diingat tidak semua perihal mengenai teman istimewamu mampu kamu fahami. Di sinilah pentingnya persefahaman dan keserasian antara satu sama lain. Tanpa dua perkara ini, tidak mustahil sesuatu perhubungan menjadi bosan dan bakal berakhir dengan perselisihan faham.Dalam satu situasi, bila perempuan menganggap ada sesuatu yang penting untuk dibicarakan, hal itu belum tentu penting bagi seseorang lelaki. Di sini, pasti berlaku konflik antara keduanya kerana sikap wanita itu sendiri agak detail dalam setiap perkara. Berlainan pula pendekatan yang diambil oleh kaum Adam ini. Mereka bukan hanya sukar untuk mengungkapkan perasaan hatinya yang paling dalam, malah lelaki biasanya malas untuk diajak berbicara mengenai hal-hal yang pada mereka remeh dan kurang penting untuk dibicarakan. Tidakdinafikan, percakapan antara lelaki dan perempuan tidak sama. Kaum lelaki lebih cenderung menggunakan bahasa demi mempertahankan ‘kemerdekaannya’ dan memelihara posisinya dalam kelompok mereka tersendiri.Bagi lelaki, orang yang memberi perintah sentiasa ada ‘di atas’ dan yang menerima perintah pula tempatnya ‘di bawah’. Mereka sesekali tidak akan ‘kalah’ pada perintah wanita kerana itu satu sikap yang tidak melambangkan kelelakian mereka. Sedangkan perempuan menggunakan bahasa untuk menciptakan hubungan dan keintiman. Dalam situasi ini, perbezaan gaya berbicara akan menimbulkan kesulitan dan konflik antara keduanya. Jelasnya, antara lelaki dan perempuan memang ada perbezaan pandangan mengenai apa itu komunikasi. Bagi lelaki berkomunikasi bererti ada topik penting untuk dibincangkan. Sedangkan bagi perempuan pula, berkomunikasi bererti meneguhkan keintiman dengan saling mengutarakan buah fikiran, pengalaman sehari-hari mahupun sekadar masalah-masalah ringan.MASIH ADA SAYANGKeintiman bagi lelaki bererti melakukan sesuatu yang sama secara bersama-sama. Mereka tidak merasakan adanya keperluan untuk berbicara secara akrab. Misalnya di saat kamu sedang sakit, si dia sebenarnya risau sekalipun tidak menunjukkan keprihatinannya secara perbuatan atau melalui kata-kata. Malah tidak ada ungkapan yang bernada simpati sedikit pun. Sehingga memberi kesan pasangan kamu itu menganggap bahawa hubungan yang menyenangkan adalah saat dia pergi bekerja dan saat dia pulang, maka ada seseorang yang menerimanya. Jadi tidak perlu ada pembicaraan.Tetapi bagi seorang perempuan, saat pulang ke rumah akan merasa bahawa mereka harus selalu berhati-hati sepanjang hari. Jika kamu salah dalam berkata-kata, kamu akan menyakiti hati orang lain atau memulai pertengkaran. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya perempuan sering mengeluh apabila sang kekasih tidakbertanyakan fasal dirinya. Kerana bagi perempuan, jika ditanya ianya bermaksud pasangan mereka sedang mengambil berat tentang dirinya. Namun bila perempuan memprotes tindakan pasangannya, biasanya lelaki akan mengatakan; “Kenapa tidak diberitahu secara terus-terangan?” Memang sukar bagi lelaki menerima keinginan perempuan untuk berbicara sekalipun mereka bukan berniat untuk melukakan hati pasangannya. Saat perempuan menceritakan kesukarannya sehari-hari, lelaki sering menganggap apa yang diceritakan itu remeh.Namun, jauh di sudut hatinya akan sentiasa membantu di kala orang yang disayanginya itu betul-betul berada dalam kesusahan. Jadi bagi lelaki, permintaan untuk diberi perhatian menjadi beban kerana mereka tidaksuka dipaksa. Sedangkan kaum perempuan sentiasa berasa bingung mengapa dirinya tidak diperhatikan.SALING MENJAGA PERASAANSebenarnya perbezaan gaya berkomunikasi antara lelaki dan perempuan dimulai sejak mereka masih kanak-kanak lagi. Biasanya kanak-kanak lelaki bermain sesama mereka, di mana bahasa yang mereka gunakan untuk membina status ‘kelelakiannya’ dengan memberi perintah, menunjukkan apa yang mereka ketahui, melontarkan humor dan membuat diri mereka sebagai pusat perhatian. Hal ini berbeza dengan perempuan, mereka cenderung memilih satu teman rapat yang boleh diajak berbicara tentang apa saja. Sebab itulah apabila dewasa, mereka mengharapkan ada seseorang iaitu pasangan hidup mereka yang boleh diajak berbicara tentang apa saja.
JATUH CINTA DENGAN SEPUPU SENDIRI???!
Buat ku ia mungkin terjadi jika kita tak punya iman yang kuat apatah lagi jika percintaan itu mendapat halangan keluarga.. Yelah sepupu 2 kan boleh di kira sebgai keluarga yang agak rapat dan dekat ngan kita.. berdasarkan pengalaman2 sahabat baik aku, aku mengambil tindakan berjaga2 untuk tidak terjebak dengan percintaan dengan sepupu sendiri.. dengan tindakan ini ia lebih mententeram hidupku.. aku tak nak la andai terjadi sesuatu dalam perhubungan antara sepupu tergugat atau putus di tengah jalan ia akan mampu memutuskan tali persaudaraan yang telah terbina sekian lama.. tak pasal2 nanti bermasam muka pulak.. kan dah tak elok dah 2 tambah pulak dosa..
Tapi apa yang pasti dalam diri ini hati ini telah di miliki seseorang yang pastinya BUKAN sepupuku.. walaupun kami (aku & sepupuku) agak rapat tapi aku tak nak hubungan rapat kami di salah anggap oleh mana2 pihak.. kang tak pasal2 timbul gossip atau fitnah yang boleh memecahbelahkan keluarga kami.. dipendek kan cerita la aku anggap dia hanya sebagai kawan baik aku, teman belajar, teman bergaduh dan sepupu aku shj.. tak lebih dari itu..
Berbalik pada pengalaman sahabat baik aku.. mereka mula berpacaran dalam bulan may la tapi aku tak ingat tarikh nya.. mereka merahsiakan perhubungan mereka kerana mereka tahu bahawa hubungan ini bakal ditentang habis2san dari kedua pihak keluarga.. sampai an masa hari raya aidilfitri si dia yang tak perlu di sebut namanya sanggup balik sorang diri ke kampung untuk berjumpa sepupunya wal hal mak ayhnya balik kampung yang 1 lagi.. lepas raya 2 sumenya terbongkar.. mereka putus kerana laki 2 tak sanggup untuk pertahankan hubungan meraka.. sudahnya sahabat aku yang menderita.. dulu kata sayang sanggup pertahankan hubungan tapi bila di gertak sikit terus minta putus..
Pada aku laki ni pengecut dan hanya nak mempermainkan perasaan sahabat aku shj!! Entah la sejak aku de masalah dengan org yang pernah dan sedang bertahta di hati aku ni aku hanya nak kutuk je sume laki2 yang tak berani nak pertahan kan hubungan 2..Its depend to each person.. Each person have their own opinion.. I hope she will happy in what she is doing right now...

Friday, May 8, 2009
JOM ENJOY SEMUDAH A,B,C
Ada kalanya apabila kamu berada dalam keadaan tertekan kerana dihimpit dengan pelbagai dugaan, perasaan yang sering timbul ialah kamu merasa hidup kamu kosong dan tidak berguna. Sebenarnya perasaan tersebut boleh di ubah andai kamu bijak menceriakan hidup kamu. Pelbagai cara boleh dilakukan tanpa perlu keluarkan modal atau masa yang banyak. Hanya dengan sedikit usaha, hidup kamu akan tetap bermakna biar apapun cabaran yng mendatang..
Jadi Miss atau Mr Foto
Hadirnya era kamera digital menjadikan kita lebih mudah untuk merakam semua detik2 indah dlm hidup. Tidak perlu beli filem. Terasa shj nk amk gmbar cuma ‘klik’ shj. Oleh itu, ambillah peluang ini dan cuba bawa kamera sakumu itu kemana-mana shj kamu pergi. Lalu rakamkan peristiwa, suasana, org2 tertentu yg kamu anggap lucu da menarik. Melihat koleksi tersebut pastinya akan membuatkan kamu sentiasa tersenyum..
Bangun awal pagi
Nenek2 kita dulu selalu ingatkan. “Anak2 gadis bangun tengahari jauh jodoh dan rezeki lari”. Oleh itu, apa kata kamu jadikan nasihat tersebut sebagai satu dorongan untuk bangun awal pagi, terutama hari minggu. Percayalah bangun awal2 pagi akan membuatkan hidup kamu lebih tenang dan setiap aktiviti yang kamu ingin lakukan hari tersebut akan lebih terancang dan dilakukan tanpa tergopoh gapah kerana kesuntukan waktu.
Cium Peluk Sayang
Jangan salah erti pelukan dan kucupan sayng pada keluarga. Sebalum pergi kerja atau ke kolej berilah salam hangat buat keluarga di rumah. Dakap dan kucuplah ibu atau ayah kamu sambil mengucapkan ‘pergi dulu’. Pastinya hati kamu akan sentiasa gembira. Biarpun mungkin kamu berhadapa dengan pelbagai masalah, namun dengan kucupan yang diberikan pada keluarga tersayang setiap hari dapat mengigatkan kamu bahawa, walau apa pun yang berlaku, kamu masih ada keluarga yang akan membantu. Jadi apa tunggu lagi lakukan segera..
Bawa Hiburan Ke Rumah
Mungkin cara kamu menenangkan diri adalh mencari hiburan di luar atau menghabiskan cuti berhari2 dari sebuah tempat ke sebuah tempat. Cara itu, boleh tapi hal di rumah perlu dijaga juga. Jangan sibuk berhiburan di luar sahaja, tetapi keadaan rumah macam tongkang pecah. Lebih memeningkan kepala apabila keaadaan rumah langsung tidak terurus. Jadi apakata, sekali sekala kamu bawa shj hiburan ke rumah mesalnya berkaraoke dirumah ataupun buat acara BBQ dengan kawan2. Selain dapat berhibur, kamu juga dapat memastikan keadaan rumah kamu semuanya teratur.
Berkumpul dengan kawan2 Lama
Sekali sekala apa katakamu anjurkan acara bertemu dengan kawan2 lama. Pergilah ke tempat yang dahulunya pernah menjadi satu tempat yang sering kamu dan kawan2 kunjungi. Pastinya pertemuan tersebut banyak membicarakan sat2 lucu ketika kamu semua berkawan. Cara ini akan membuatkan kamu lupa seketika dengan sebarang tekanan.
Menyanyi..
Kalau kamu suka menyanyi jangan ragu berdendang, bernyanyi atau berteriak bagi meluahkan segala emosi. Di tempat yang tepat tentunya Seperti di dalam kereta, bilik mandi, bilik tidur ataupun lebih tepat lagi di tempat karaoke. Jangan bimbang jika ada yang mengatakan kamu gila kerna menyanyi sendirian. Apa yang lebih penting mood kamu kembali ceria..
Melayari internet
Zaman teknologi yang seba canggih ini mencari kawan boleh dilakukan sekelip mata. Jadi gunakanlah peluang ini untuk mencari kawan sebanyak mungkin. Lebih banyak kamu berkawan, lebih banyak pengalaman yang boleh di kongsi bersama. Bak kata pepatah berkawan biar seribu, bercinta biar satu…
Memasak
Kamu mungkin tidak sedar atau tidak tahu, memasak adalah satu terapi yang boleh menenangkan jiwa. Tambahan lagi andai kamu hidangkan pada orang2 tersayang dan mereka memuji masakkan kamu. Percayalah tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan betapa puasnya dan gembiranya hati kamu ketika itu.
Berjoging
Hidup perlu seimbang dan kerana itulah bagaimana sibuk sekalipun, kamu seharusnya berusaha juga untuk mengisi masa untk berjoging dan bersenam. Apabila kamu bersenam, otak akan lebih cergas dan badan akan lebih segar. Secara tidak langsung kehidupan kamu juga akan terasa begitu menyenangkan.
Membuat rawatan kecantikanRami yang memandang remeh pada perkara ini. Namun percayalah setiap kali kamu melakukan rawatan untuk kecantikan diri, hati kamu pasti akan terhibur dan segala masalah akan dilupakan. Tidak perlu ke salun atau SPA yang mahal2 cukup sekadar kamu lakukan sendiri rawatan tersebut di rumah. Hari ayng kamu lalui tentu akan terasa begitu bermakna..

Subscribe to:
Posts (Atom)