Ada kalanya apabila kamu berada dalam keadaan tertekan kerana dihimpit dengan pelbagai dugaan, perasaan yang sering timbul ialah kamu merasa hidup kamu kosong dan tidak berguna. Sebenarnya perasaan tersebut boleh di ubah andai kamu bijak menceriakan hidup kamu. Pelbagai cara boleh dilakukan tanpa perlu keluarkan modal atau masa yang banyak. Hanya dengan sedikit usaha, hidup kamu akan tetap bermakna biar apapun cabaran yng mendatang..
Jadi Miss atau Mr Foto
Hadirnya era kamera digital menjadikan kita lebih mudah untuk merakam semua detik2 indah dlm hidup. Tidak perlu beli filem. Terasa shj nk amk gmbar cuma ‘klik’ shj. Oleh itu, ambillah peluang ini dan cuba bawa kamera sakumu itu kemana-mana shj kamu pergi. Lalu rakamkan peristiwa, suasana, org2 tertentu yg kamu anggap lucu da menarik. Melihat koleksi tersebut pastinya akan membuatkan kamu sentiasa tersenyum..
Bangun awal pagi
Nenek2 kita dulu selalu ingatkan. “Anak2 gadis bangun tengahari jauh jodoh dan rezeki lari”. Oleh itu, apa kata kamu jadikan nasihat tersebut sebagai satu dorongan untuk bangun awal pagi, terutama hari minggu. Percayalah bangun awal2 pagi akan membuatkan hidup kamu lebih tenang dan setiap aktiviti yang kamu ingin lakukan hari tersebut akan lebih terancang dan dilakukan tanpa tergopoh gapah kerana kesuntukan waktu.
Cium Peluk Sayang
Jangan salah erti pelukan dan kucupan sayng pada keluarga. Sebalum pergi kerja atau ke kolej berilah salam hangat buat keluarga di rumah. Dakap dan kucuplah ibu atau ayah kamu sambil mengucapkan ‘pergi dulu’. Pastinya hati kamu akan sentiasa gembira. Biarpun mungkin kamu berhadapa dengan pelbagai masalah, namun dengan kucupan yang diberikan pada keluarga tersayang setiap hari dapat mengigatkan kamu bahawa, walau apa pun yang berlaku, kamu masih ada keluarga yang akan membantu. Jadi apa tunggu lagi lakukan segera..
Bawa Hiburan Ke Rumah
Mungkin cara kamu menenangkan diri adalh mencari hiburan di luar atau menghabiskan cuti berhari2 dari sebuah tempat ke sebuah tempat. Cara itu, boleh tapi hal di rumah perlu dijaga juga. Jangan sibuk berhiburan di luar sahaja, tetapi keadaan rumah macam tongkang pecah. Lebih memeningkan kepala apabila keaadaan rumah langsung tidak terurus. Jadi apakata, sekali sekala kamu bawa shj hiburan ke rumah mesalnya berkaraoke dirumah ataupun buat acara BBQ dengan kawan2. Selain dapat berhibur, kamu juga dapat memastikan keadaan rumah kamu semuanya teratur.
Berkumpul dengan kawan2 Lama
Sekali sekala apa katakamu anjurkan acara bertemu dengan kawan2 lama. Pergilah ke tempat yang dahulunya pernah menjadi satu tempat yang sering kamu dan kawan2 kunjungi. Pastinya pertemuan tersebut banyak membicarakan sat2 lucu ketika kamu semua berkawan. Cara ini akan membuatkan kamu lupa seketika dengan sebarang tekanan.
Menyanyi..
Kalau kamu suka menyanyi jangan ragu berdendang, bernyanyi atau berteriak bagi meluahkan segala emosi. Di tempat yang tepat tentunya Seperti di dalam kereta, bilik mandi, bilik tidur ataupun lebih tepat lagi di tempat karaoke. Jangan bimbang jika ada yang mengatakan kamu gila kerna menyanyi sendirian. Apa yang lebih penting mood kamu kembali ceria..
Melayari internet
Zaman teknologi yang seba canggih ini mencari kawan boleh dilakukan sekelip mata. Jadi gunakanlah peluang ini untuk mencari kawan sebanyak mungkin. Lebih banyak kamu berkawan, lebih banyak pengalaman yang boleh di kongsi bersama. Bak kata pepatah berkawan biar seribu, bercinta biar satu…
Memasak
Kamu mungkin tidak sedar atau tidak tahu, memasak adalah satu terapi yang boleh menenangkan jiwa. Tambahan lagi andai kamu hidangkan pada orang2 tersayang dan mereka memuji masakkan kamu. Percayalah tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan betapa puasnya dan gembiranya hati kamu ketika itu.
Berjoging
Hidup perlu seimbang dan kerana itulah bagaimana sibuk sekalipun, kamu seharusnya berusaha juga untuk mengisi masa untk berjoging dan bersenam. Apabila kamu bersenam, otak akan lebih cergas dan badan akan lebih segar. Secara tidak langsung kehidupan kamu juga akan terasa begitu menyenangkan.
Membuat rawatan kecantikanRami yang memandang remeh pada perkara ini. Namun percayalah setiap kali kamu melakukan rawatan untuk kecantikan diri, hati kamu pasti akan terhibur dan segala masalah akan dilupakan. Tidak perlu ke salun atau SPA yang mahal2 cukup sekadar kamu lakukan sendiri rawatan tersebut di rumah. Hari ayng kamu lalui tentu akan terasa begitu bermakna..
No comments:
Post a Comment