Friday, May 29, 2009

KENAPA LELAKI SUKAR KATAKAN CINTA

Meskipun telah lama kamu menjalinkan cinta, harus diingat tidak semua perihal mengenai teman istimewamu mampu kamu fahami. Di sinilah pentingnya persefahaman dan keserasian antara satu sama lain. Tanpa dua perkara ini, tidak mustahil sesuatu perhubungan menjadi bosan dan bakal berakhir dengan perselisihan faham.Dalam satu situasi, bila perempuan menganggap ada sesuatu yang penting untuk dibicarakan, hal itu belum tentu penting bagi seseorang lelaki. Di sini, pasti berlaku konflik antara keduanya kerana sikap wanita itu sendiri agak detail dalam setiap perkara. Berlainan pula pendekatan yang diambil oleh kaum Adam ini. Mereka bukan hanya sukar untuk mengungkapkan perasaan hatinya yang paling dalam, malah lelaki biasanya malas untuk diajak berbicara mengenai hal-hal yang pada mereka remeh dan kurang penting untuk dibicarakan. Tidakdinafikan, percakapan antara lelaki dan perempuan tidak sama. Kaum lelaki lebih cenderung menggunakan bahasa demi mempertahankan ‘kemerdekaannya’ dan memelihara posisinya dalam kelompok mereka tersendiri.Bagi lelaki, orang yang memberi perintah sentiasa ada ‘di atas’ dan yang menerima perintah pula tempatnya ‘di bawah’. Mereka sesekali tidak akan ‘kalah’ pada perintah wanita kerana itu satu sikap yang tidak melambangkan kelelakian mereka. Sedangkan perempuan menggunakan bahasa untuk menciptakan hubungan dan keintiman. Dalam situasi ini, perbezaan gaya berbicara akan menimbulkan kesulitan dan konflik antara keduanya. Jelasnya, antara lelaki dan perempuan memang ada perbezaan pandangan mengenai apa itu komunikasi. Bagi lelaki berkomunikasi bererti ada topik penting untuk dibincangkan. Sedangkan bagi perempuan pula, berkomunikasi bererti meneguhkan keintiman dengan saling mengutarakan buah fikiran, pengalaman sehari-hari mahupun sekadar masalah-masalah ringan.MASIH ADA SAYANGKeintiman bagi lelaki bererti melakukan sesuatu yang sama secara bersama-sama. Mereka tidak merasakan adanya keperluan untuk berbicara secara akrab. Misalnya di saat kamu sedang sakit, si dia sebenarnya risau sekalipun tidak menunjukkan keprihatinannya secara perbuatan atau melalui kata-kata. Malah tidak ada ungkapan yang bernada simpati sedikit pun. Sehingga memberi kesan pasangan kamu itu menganggap bahawa hubungan yang menyenangkan adalah saat dia pergi bekerja dan saat dia pulang, maka ada seseorang yang menerimanya. Jadi tidak perlu ada pembicaraan.Tetapi bagi seorang perempuan, saat pulang ke rumah akan merasa bahawa mereka harus selalu berhati-hati sepanjang hari. Jika kamu salah dalam berkata-kata, kamu akan menyakiti hati orang lain atau memulai pertengkaran. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya perempuan sering mengeluh apabila sang kekasih tidakbertanyakan fasal dirinya. Kerana bagi perempuan, jika ditanya ianya bermaksud pasangan mereka sedang mengambil berat tentang dirinya. Namun bila perempuan memprotes tindakan pasangannya, biasanya lelaki akan mengatakan; “Kenapa tidak diberitahu secara terus-terangan?” Memang sukar bagi lelaki menerima keinginan perempuan untuk berbicara sekalipun mereka bukan berniat untuk melukakan hati pasangannya. Saat perempuan menceritakan kesukarannya sehari-hari, lelaki sering menganggap apa yang diceritakan itu remeh.Namun, jauh di sudut hatinya akan sentiasa membantu di kala orang yang disayanginya itu betul-betul berada dalam kesusahan. Jadi bagi lelaki, permintaan untuk diberi perhatian menjadi beban kerana mereka tidaksuka dipaksa. Sedangkan kaum perempuan sentiasa berasa bingung mengapa dirinya tidak diperhatikan.SALING MENJAGA PERASAANSebenarnya perbezaan gaya berkomunikasi antara lelaki dan perempuan dimulai sejak mereka masih kanak-kanak lagi. Biasanya kanak-kanak lelaki bermain sesama mereka, di mana bahasa yang mereka gunakan untuk membina status ‘kelelakiannya’ dengan memberi perintah, menunjukkan apa yang mereka ketahui, melontarkan humor dan membuat diri mereka sebagai pusat perhatian. Hal ini berbeza dengan perempuan, mereka cenderung memilih satu teman rapat yang boleh diajak berbicara tentang apa saja. Sebab itulah apabila dewasa, mereka mengharapkan ada seseorang iaitu pasangan hidup mereka yang boleh diajak berbicara tentang apa saja.

No comments: